Monday, July 26, 2010

TT @ Dmyra

Sempat lagi bagi org2 seperti kami utk menembak walaupun sedang minum2.. kalau dah minat tu letak lah kat mane pun mesti kami buat jugak.. =)










Outing to KLCC


Walaupun tujuan sebenar pada hari tu hanya nak teman seorang rakan mencari barang beliau tapi biasalah... sambil menyelam baik minum air skali... Maka, berlakulah lagi peperangan dan tembak menembak. lokasi kami kali ini di sekitar KLCC. Enjoy it...










Outing Sekitar Jalan Pasar Kuala Lumpur



Saya bersama beberapa orang rakan berkesempatan melakukan beberapa 'tembakan' di sekitar Jalan Pasar Kuala Lumpur pada minggu yang lalu [17th July 2010]. Kekangan masa di kolej menyebabkan saya terpaksa mengambil sedikit masa utk update 'hasil buruan' kami. Hayati....
















Thursday, July 8, 2010

Rizal & Shida Wedding


Majlis pernikahan ini diadakan pada 3 Julai 2010 bertempat di Masjid Wangsa Maju.Anyway, ribuan terima kasih diucapkan kepada pasangan pengantin kerana sudi menjemput kami.. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk anda.. Walaupun kedua2 mempelai agak malu2, tetapi mereka tetap sporting dan memberi sepenuh kerjasama sepanjang sesi 'tembak menembak' dijalankan. Cayalah u all!! semoga berkekalan hingga ke akhirnya.















Wednesday, June 30, 2010

Pra - Ekspidisi Berbasikal Jelajah 1 Malaysia 2010


Jalan-jalan cari pasal... hari ini (30 Jun 2010) saya bersama beberapa orang lagi orang pensyarah kolej kami telah berjaya menamatkan penjelajahan merentasi daerah2 dan pekan2 di sekitar kolej kami. Peserta2 yang terlibat dalam penjelajahan yang mencabar ini termasuklah beberapa orang atlit yang tak berapa popular iaitu Jijul Mohd Yusoff (Pegawai Sukan), Kak Gee (Pegawai L.I), Kak Mar (Pegawai Pengambilan), Irmayanti Ibrahim (Pegawai Short Course), dan Faiz Salleh (Pegawai Aset).








Semua peserta kelihatan begitu besemangat sebelum ekspidisi bermula dan mereka kelihatan begitu bergaya bersama basikal pinjam yang bakal ditunggang. Peserta di lepaskan oleh Ketua Jabatan kami, En Badd yang segak mengibarkan Jalur Gemilang walaupun ianya tak berapa nak besar (At least kami masih ade semangat patriotik kan??).



walaupun agak letih, tapi gaya tetap diutamakan...




pose maut dari irma, kak mar, dan kak gee



meeting bawah pokok bagi menjatuhkan kerajaan langit bak kata jijul

Muke exited jijul setelah dapat menunggang basikal sebenar (sebelum ni beliau hanya main basikal anak beliau kat rumah)