Jalan-jalan cari pasal... hari ini (30 Jun 2010) saya bersama beberapa orang lagi orang pensyarah kolej kami telah berjaya menamatkan penjelajahan merentasi daerah2 dan pekan2 di sekitar kolej kami. Peserta2 yang terlibat dalam penjelajahan yang mencabar ini termasuklah beberapa orang atlit yang tak berapa popular iaitu Jijul Mohd Yusoff (Pegawai Sukan), Kak Gee (Pegawai L.I), Kak Mar (Pegawai Pengambilan), Irmayanti Ibrahim (Pegawai Short Course), dan Faiz Salleh (Pegawai Aset).
Semua peserta kelihatan begitu besemangat sebelum ekspidisi bermula dan mereka kelihatan begitu bergaya bersama basikal pinjam yang bakal ditunggang. Peserta di lepaskan oleh Ketua Jabatan kami, En Badd yang segak mengibarkan Jalur Gemilang walaupun ianya tak berapa nak besar (At least kami masih ade semangat patriotik kan??).
pose maut dari irma, kak mar, dan kak gee
meeting bawah pokok bagi menjatuhkan kerajaan langit bak kata jijul
Muke exited jijul setelah dapat menunggang basikal sebenar (sebelum ni beliau hanya main basikal anak beliau kat rumah)